Friday, August 1, 2008

a message from me...sincerely yours.

This message was written on the night before the Hi-Tea party :

Bismillahirahmanirrahim. Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada anda semua. Terima kasih diatas masa berharga anda yang diluangkan bersama kami di majlis ini. Kehadiran anda akan menjadi sumber inspirasi dan sokongan kepada network kita.

Pengalaman-pengalaman lepas banyak mengajar kita. Kita membawa pelbagai cerita. Kegagalan dan kekecewaan sudah kita rasa. Hidup diteruskan juga seperti biasa. ‘We live and we learn’. Setelah gagal kita tanam azam baru. Tapi sayangnya kita lebih habiskan masa dengan hanya berazam dari membuat sesuatu untuk mencapai gol kita.

Dengan membina satu network seperti ini, saya percaya ianya akan memudahkan lagi untuk kita merialisasikan azam-azam dan rancangan kita itu, InsyaAllah. Dengan network baru ini ‘we live, we learn and we earn!!’

Dalam network baru kita ini saya secara peribadi berminat dengan satu perkataan istimewa iaitu ‘Kasih’. Bagi saya kuasa ‘kasih’ boleh menjadi modal permulaan untuk mencapai objektif-objektif kita. Saya suka hidup berkasih. Berkasih perlukan pengorbanan. Pengorbanan boleh menjadikan semangat kita kuat dan bila kita kuat kita dapat buat apa saja. Kita boleh bina diri dan keluarga dan seterusnya kita boleh membantu orang-orang terdekat dengan kita.

Hidup dengan kebudayaan ‘berkasih’ dan setiakawan akan membawa satu dimensi pembangunan yang sentiasa diredhai Allah s.w.t. Tidak ada makna kemewahan hidup kalau tidak disertai oleh orang lain bersama kita. Menghormati sesama insan tanpa mengira status, bangsa dan agama. Amalan tolong menolong dan tegur menegur seharusnya akan menjadi pemangkin untuk merealisasikan pembangunan rancangan-rancangan dalam network kita.

Kita tidak mahu menjadikan kumpulan network kita ini tanpa makna dan tujuan. Selain memujudkan suasana ukhuwah kemanusian yang berlandaskan kasih sayang, kita mengembangkan kenalan perniagaan kita. Dan dalam kesibukan macam mana sekalipun kita jangan lupa untuk membuat amal jariah. Dalam kita keseronokan, ada kawan dalam kedukaan, dalam kita kekenyangan ada kawan kelaparan. Dalam kita kemewahan ada kawan dalam kemelaratan.
Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua diatas sokongan anda. Terima kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi dari saya. Sehingga kita bertemu lagi. Wassallam.

Ikhlas dari saya : N. Noor Annie N. Razid
Looks & Blooms
9-1A, Sec 15 / 1C, B.B.Bangi
017- 2811297

0 comments: